Tuesday, October 26, 2010

love story!

hello.

Hai semua pembaca blog jaly. Im jaly's girlfriend.

Sebenarnya saya ada blog saya sendiri. Tapi saya saja mengada ngada nak tulis kat sini. Lagi pun jaly jarang update blog. So biar saya yang tolong updatekan. Sebelum itu, entry ini akan panjang lebar dah kepada yang tak suka membaca, boleh berhenti sekarang. Hehee

Okay mari bercerita panjang lebar bagaimana saya boleh kenal jaly, dan sekarang menjadi girlfriend jaly! Hah begini cerita dia.

Jaly ialah classmate saya dari semesta 1 sehingga semesta 6. Tapi oleh kerana sebab sebab tertentu, semesta 6, jarang sungguh dapat jumpa dia. Masa first first skali saya tengok muka dia, masa tu tak bercakap pun lagi. Saya dah menyampah dengan dia sebab dalam hati cakap,

''mamat ni mesti perasan dia paling handsome''

Haha sebab dia jambuuuu. Padahal dia tak buat salah apa pun. Tiba tiba je kena. Okay selepas dah lama lama kenal, jaly ialah kawan baik saya! Kawan baik yang tersangat baik macam dia cerita masalah dia kat saya. Pasal girlfriend ke, pasal belajar ke, ha sama lah jugak saya pun cerita semua kat dia. Gado dgn orang ni cerita kat dia. Gado dengan boyfriend cerita kt dia. Takde duit cerita kt dia. Semua ah. Semua sekali.

Sehingga lah di hujung2 semesta 6, selepas jaly break up dengan girlfriend dia masa tu, dan saya pun break up dengan boyfriend saya jugak. And hal tu memang cinta bersegi segi, bersilang silang ah. Saya jadi makin rapatttt sangat dengan dia bermula dari bulan puasa! And kebetulan saya raya kat perak. Dia kat shah alam. So makin makin jauh lah. Masa tu asek texttttt je dengan dia dari celik mata sampai nak pejam mata balik. Dia cerita mak dia potongkan kuku. I cerita paksu i bawak pegi kubur semata mata nak kutip bunga. Alaaa so cute lah masa tu.

Lepas tu gadoh! Hahaha. Bila gadoh, dah tak macam gadoh dengan kawan. Macam gadoh dengan boyfriend sebab bila nampak dia je, lari! Kalau betul2 terserempak yang memang dah tak boleh nak elak, memang plastik gila tegur,

''ehh, ha nak g mana?''

Hahaha masa tu kelakar, tapi cute! And dah tak message jugak. Terus terbehenti message. Kalau ada pun, betul yang penting je. Selalunya berkenaan study. Lepas tu mula rasa rinduuuu sangat sebab before tu kan memang text 24 jam. Tiba2 terus senyap. Memang jiwa tak keruan lah kan. Lepas tu, baik lah balik.

Bila dah baik balik, masa tu saya mula sedar saya sangat sayang dia sebab dah mula rasa jealous bila dia ada message2 dengan prempuan lain. Dan dia pun mula perli perli bila ada gambar saya keluar dengan lelaki dekat blog. Memang saling perli memerli.

Sehingga lah dah di hujung hujung semesta, betul betul hujung lah sebab masa final exam, jaly telah buat sesuatu yang membuat saya rasa dia terlalu sayang saya. Dan saya pun memang terlalu sayang dia. Dan bermula dari itu, kami memang dah macam couple dah. Tapi tak declare pun.

Dan oleh kerana tarikh 20102010 terlalu cantik, maka saya pilih tarikh itu untuk aniversary. So sweet kan kan?

Saya tak kan peduli apa orang nak kata sebab yang bahagianya saya. Yang melaluinya saya. Sekurang2nya saya yakin saya dapat lelaki yang betul2 sayang saya. Okay memanglah aku membebel seorang diri kan. Tapi ni untuk jaly baca je sebenarnya. Orang lain tanak baca, tak pe je. :)

Lastly, petikan lagu dari fynn jamal, 150juta.


''buat apa di cerita bahagia kita rasa. Biar tak di percaya. Peduli orang kata. Baju ronyok tak apa asal pakai selesa. BERKILAU TAK BERMAKNA KALAU HATI TAK ADA''

Love you sweetheart.

No comments:

Post a Comment